5 Sebab Wajib Jadi Agen Dropship Flash Felt Hijaiyah

Sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan bisnes, anda perlu memilih pembekal yang memenuhi kehendak dan keperluan semasa sama ada dari segi harga, produk yang menarik dan juga permintaan yang tinggi di pasaran. Pendek kata produk yang sedang dicari-cari dan mendapat sambutan di kalangan kelompok tertentu. Bagi kami My Baby Can Read, kami memiliki beberapa keistimewaan dan keunikan yang tiada pada pembekal yang lain. Antaranya adalah:



1. One Stop Centre of Hijaiyah- Flash Felt Hijaiyah Pertama di Malaysia

 Alhamdulillah, My Baby Can Read merupakan pembekal tunggal dan pertama bagi felt hijaiyah di Malaysia. Visi dan misi kami adalah untuk menjadi "One Stop Centre of Hijaiyah" yang dapat mengeluarkan produk yang berkualiti bagi memenuhi keperluan ibu muda kini yang mencari produk yang selamat untuk anak- anak mereka. Kini kami mempunyai beberapa produk utama:

 1. Flash felt hijaiyah (rectangle)

  • Set Huruf Rainbow
  • Set Baris Atas Rainbow
  • Set Baris Bawah Dwi Color
  • Set Baris Depan Dwi Color
  • Set Furqan Baris Atas
  • Set Firqan Baris Bawah
  • Set Furqan Baris Depan

 2. Flash felt hijaiyah scallop

  • Set Huruf Rainbow
  • Set Furqan Baris Atas
  • Set Furqan Baris Bawah
  • Set Furqan Baris Depan

3. Flash Felt ABC Rainbow

4. Flash Felt Numbers Rainbow (1-20)

 3. Diy foam hijaiyah berpelekat (sticker) - OUT OF STOCK




2. Produk Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tahukah anda bahawa satu kadar kelahiran berlaku setiap minit di Malaysia. Maka sudah pasti ibu-ibu akan mencari bahan dan permainan yang sesuai dengan usia anak mereka yang mesra-baby, tahan lama, tahan lasak, boleh dipegang dan selamat dimasukkan dalam mulut. Di pasaran sekarang, memang banyak sangat material yang ibu boleh beli. Flash card ABC, 123, kenali haiwan, warna dan sebagainya. Tetapi secara jujur, memang susah untuk mencari bahan yang bersifat Islamik. Malahan untuk mencari flash hijaiyah juga amat sukar. Kebanyakan produk begini hanya boleh didapati di kedai online sahaja.


Pendedahan dan kesedaran di kalangan ibubapa hari ini tentang pembelajaran al-Quran sejak dari kecil menjadikan produk ini mendapat sambutan yang luarbiasa. (Alhamdulillah...)

 3. Boleh dibasuh dan Tidak Mudah Koyak

 Kebanyakan flash card di pasaran dibuat daripada kertas keras atau kad di mana material ini mudah koyak dan lusuh apabila kerap digunakan. Tambahan lagi fitrah baby yang suka memasukkan sesuatu di dalam mulut. Flash felt hijaiyah ini direka supaya boleh dimasukkan dalam mulut dan selamat dimain i.e proses pembelajaran secara kinestatic. Felt ini juga boleh dibasuh dan digunakan untuk beberapa kali. Oleh itu, ia tidak mendatangkan masalah jika felt hijaiyah ini kotor atau dikhuatiri habuk. Boleh lihat disini tips penjagaan flash felt hijaiyah supaya tahan lama dan bertahun-tahun, inshaallah. 



4. Alat Bantu Mengajar Qur'an

Metod yang digunakan oleh Glenn Doman telah dibuktikan bahawa anak-anak boleh membaca seawal usia 3bulan dengan menggunakan flash card. Ia perlu diimbas sekurang-kurangnya 2kali sehari dalam masa 1saat setiap huruf.  Bagi peringkat permulaan, anak anda boleh diajar terus menggunakan sistem phonic dan mengikut bahasa awal yang biasa disebut oleh baby. Anda boleh menggunakan set furqan yang mengandungi warna putih, merah dan hitam, supaya anak anda mudah memproses maklumat yang diberikan. Setelah umur bayi berusia 4 bulan ke atas, ibu boleh mengajar anak menggunakan felt yang berwarna warni bagi menarik perhatian anak dan seronok bermain.



Tahukah anda, walaupun sistem pelajaran Qur'an sekarang memperkenalkan sistem phonic di sekolah namun anda perlu juga mengajar anak anda sebutan untuk mengenal huruf hijaiyah supaya mereka tidak keliru dan yang paling penting, apabila mereka membaca Qur'an yang dimulai dengan huruf, mereka boleh menyebutnya dengan betul, bukan sebutan phonic.

5. Harga Mampu Milik

Harga bagi setiap set ini bermula RM48 - RM60 sahaja, bergantung kepada saiz, material dan ketebalannya. Harga ini masih dianggap murah jika dibandingkan dengan penggunaannya yang tahan lama dan tahan lasak. Tambahan lagi, ia adalah produk "homemade with love", inshaallah. Kami akan sentiasa memastikan kualiti dan memaksimakan kepuasan anda.

Bagi yang berminat, anda boleh terus hubungi kami tanpa berlengah lagi. Tawaran sehingga 40%* akan diberikan untuk agen borong mengikut terma dan syarat yang ditentukan. Emelkan kuantiti tempahan anda ke cutebabycottage@yahoo.com. atau jika anda perlu respon dalam masa 5minit, anda boleh tekan no phone dan wassup ke 019-3134144. Inshaallah kami akan menjawab persoalan anda secepat yang mungkin.

Untuk melihat gambar produk, boleh lawati fanpage:

https://www.facebook.com/MyBabyCanRead

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

top ads